Tiada ceritera yang
terlampau gembira yang berlaku pada aku sepanjang 2014 ni. Barangkali belum
lagi, ataupun aku sendiri punya sindrom cepat lupa menyebabkan jari-jemari ini
kurang gemar menari-nari menaip entri yang terbaru. Baiklah! Utk tidak menghampakan
harapan adik aku yg gila pemurah memasang Tmnet WIFI kat rumah recently,
makanya aku kena berbakti dengan sekali-sekala memuat naik entri terbaru demi
tidak menghampakan peminat aku di luar sana. So, kadar pembayaran bil WIFI utk
sebulan dimanfaatkan sehabis baik utk menghupdate blog. Tak gitew, para
peminat? Adakah...?
Cih!
mohon AbgLong Nyau tenyeh pale org bajet blogger feymes... LARIKKK
Jadi, sebelum masuk ke
tahun 2014 ni, aku akan flash-back kisah aku zaman dulu-duluan, kalau rasa
bosan mahaplah eh? Aku mau cerita mengenai KONVOKESYEN!!! Yepppi, yeppi yeppi...!
Gitu la bunyi sorakan keanak-anakkan para graduan sebelum pergi naik pentas dan
lempar Mortar Board ke udara. Yep, segelintir antara kita beranggapan itulah
upacara yg paling digemari dan yg paling ditunggu-tunggu sepanjang kehidupan di muka
bumi ni. Ada juga yg beranggapan “Duhhh...its just a boring ceremony, nothing
special about it...”. But for me, aku dah set rasa kegirangan nak terima scroll
degree tu dari aku start masuk tadika lagi. Tambah-tambah lagi, sepupu-sepapat
aku yg datang dari kampung always come to our house and mintak mak dan apak aku
uruskan persediaan dorang masa kemasukan diorang masuk universiti. Dpt dengar
dengan jelas rintihan kecil yg diloudspeakerkan oleh mak dan apak berbunyik
begini, “Duk sebok hantar anak org len ja masuk universiti, entah anak-anak aku
boleh ke dak masuk U???,”. Erk?! Gulp!
Tadaaaahh!, siap boleh bergraduat dengan kepujian kelas pertama lagi.
Apa yg aku boleh
simpulkan, UPM merupakan tempat aku mengenali erti persahabatan, erti
kehidupan, erti realiti, erti bersyukur, erti cinta dan pelbagai erti duniawi
yawww! And i’m proud to be one of Alumni UPM. Pada masa aku bergraduasi, aku
turut bersyukur yg amat sebab boleh tunjukkan hasil yg aku usahakan selama 4
tahun ni bersama orang-orang yg aku cintai. Tanpa sokongan dari aspek kewangan,
tenaga, masa, moral dan cinta mereka, barangkali aku tidak dapat menamatkan
pengajian ini dengan jayanya. Kejayaan ni sebenarnya adalah kejayaan mereka. Maybe
its sound cliche tapi its the truth.
#pre-convo
#pre-convo
#pre-convo
Sebelum majlis
konvokesyen tu, aku dan puan mak memang nak set one whole week to be at Semenanjung
M’sia. Beli tiket flight dari 24th Okt sehingga 30th Okt. Masa kami tempah
tiket, kami dpt harga promosi MAS. Memang happy habis sebab kami dikira agak
lewat menempah tiket flight sebab tunggu punya tunggu punya tunggu tarikh konvo
yg rasmi dikeluarkan oleh pihak UPM. Kami sekeluarga memg abaikan segala
aktiviti rutin dan kerja, dan aku sememangnya sudah siap set up pelbagai
aktiviti sepanjang keberadaan kami di sana. Biar padat aktivitinya sebab apak
memang tak suka lama-lama berada kat umah orang. Kata beliau, home sweet home.
Tapi, bila lagi kan nak menjelajah tanah semenanjung bersama-sama? Sambil menyelam,
weols minum air. Gitewww~ frankly, it is not all about konvokesyen, tapi nak pi
melancuuuuuuung~~~hak hak hak
sakit mata ye bang? eeeeeew
sampai je Serdang, terus kena belanja mkn Nasi Arab laluh.. Mandi Lamb Plish!
#DimaRestaurant
tumbuhan herba, jenuh laluh dengar
#pestaKonvoUPM
berjam-jam cari pakaian utk adik...selfie dulu la uols!
#SogoKL
shopping time!!! #nilai3
Puan emak dgn bakal anak menantu...ehem ehem #ICT
ini bukan rancangan romantika, suweeettttnya uols!
Masa majlis
konvokesyen tu, aku kena waktu petang iaitu sesi keempat, around 2.30 PM. Jadi,
kami semua kena dlm mode standby 1.40 PM kat luar dewan. Masa kami semua
sibuk-sibuk berbaris, tetiba aku diapproach oleh lelaki yg gayanya bagai dlm
film Man In Black gitu. Roger this, roger that. Then, aku disuruh bergerak dan
tunggu di muka pintu depan. OMG! Excited gila! Cam all eyes on me gitu. So, aku
adalah insan pertama yg berada di barisan hadapan melangkah gaya catwalk
berarak masuk ke dalam Dewan Besar UPM. Hmmm... expectation je tinggi. Mak dan
apak aku tak tengok aku pun masa tu sebab baru nak cari tempat duduk. Ngrrrrr!!!
Plus, duduk seat paling depan. Memg takley la nak selfie gedik-gedik bagai dlm
dewan tu. Yg duduk belakang, best sgt. Dorg siap gossip XOXO mak jemah gitu sebab lama tak jumpa kan. Weols yg malang terpaksa la control ayu ala-ala wanita Melayu terakhir.
inilah hasil duduk berhemah + maintain comel kat barisan depan, tenkiu jurugambar UPM!
#DewanBesar
Detik giliran program PBMP dipanggil naik ke atas pentas, boleh pulak aku jadi pelajar PBMP yg terakhir sekali. Melihat kelibat rakan-rakan aku yg telah awal naik pentas, mak dan apak aku pulak tak keruan, tunggu nama aku tak kena
panggil-panggil. *terbukti-Puan Emak-kalut. Masa naik pentas, aku memang sedaya-upaya fokus dgn tatatertib amik scroll seperti yg dah
ditaklimatkan dan juga dengan harapan aku tak wat aksi spoiled atas pentas. Nasib la sikap spoiled aku
tak muncul utk memalukan aku masa konvo tersebut. Sebab ada segelintir alumni siap ada yg tercabut pin tudung, tudung senget, selempang jerut leher, dan ada juga lupa pakai mothar board, nervous sgt barangkali. Alhamduliloh, tiada apa yg spoiled masa tgh catwalk atas pentas. wehhuuu~
steady...steady..maintain jgn jatuh plish
However, perkara spoiled berlaku jugak selepas aku turun pentas, aku lupa bawak
resit gambar atas pentas la pulak. Spoiler Alert! Spoiler Alert! Aku terlupa bawa nombor resit gambar pentas yg
telah dibayar sebelum konvo adalah perlu
dicatatkan di atas kad yg diberikan sejurus turun dari pentas. Dgn adanya nombor resit tu, mudahlah
kita claimed gambar atas pentas tu kelak. Masa tu, aku kemain gelabah sebab aku
tak bawak henpon pun. Skema tak i? Skema tak? Memg skema habis patuh dgn
tatatertib dan peraturan yg ditetapkan masa konvo tuh, padahal ramai je yg
ingkar sigh. Lantas, aku pinjam la HP kawan aku dan nak call Incik Pening yg
jaga beg tangan aku kat luar dewan. Sembunyik-sembunyik iols nak tekan HP risau Abe ‘Man In Black’ mohon utk rampas HP, naya aku. Tekan punya tekan number Incik Pening, terlupa kejap number HP Incik Pening. Siap mintak kwn-kwn check dlm HP memasing, ada ke tak save nombor Incik Pening? Memg sah-sah la kawan aku tak save. Mana mungkin kwn-kwn save nombor kekasih orang kan? Adoi. Lama jugak la aku cuba ingat balik nombor HP tu last-last dpt jugak dihubungi. Settle! Lega cket. Fuhhh~ *Incik Pening sila kawal emosi anda jika anda baca entry ini. I dah hafal gila-gila dah no HP u. Haha!
After ceremony, keluar je dari
dewan, rain start pouring! Lebat siot. Memang hancur hati nak gambar reramai
dengan kawan. Nak golek-golek kat padang rumput cam Hindustan. Fortunately, nasib dah amik gambar pre-convo. Masa melangkah turun tangga Dewan Besar tu, kelihatan kekasih hati iols tunggu kat bawah khemah senyum ke arah aku sambil tangan beliau sarat pegang beg
tangan, jambangan bunga, hadiah Teddy Bear
besar kawan aku dll. Then, aku tengok adik aku tercangok-cangok tido kat kerusi
menunggu. Kesian. Pastu, tengok keluarga kandung aku yg masih lagi setia menunggu dari awal
sampai akhir konvo. Tersangat terharu dan gembira at the same time. Sobbing~ Jasa kamu semua hanya ALLAH yang boleh membalas!!! Oleh sebab hujan lebat, bergegas ke Studio Serdang. Amik gambar kenangan.
Akhirnya!! ketar-ketar tahan senyum kambing
i'm wearing Khaylia series, Kimono-Kebaya by How DoI Look Zenith
#beforeConvo
terjumpa saudara-mara sebelah mak meraikan kakak terima PHD, humble iols di situ
#beforeConvo
bersama kekasihku/ nadi kejayaanku, Incik Pening
muka happy lepas terima scroll
my biological family, terima kasih sebab dtg meraikan kejayaan ni bersama
dan dan dan..... Malam tu, kami semua makan besar. Pagi tu kami terusssss pecut naik Cameron Highland. Terima kasih Aunty Chai, Yeop dan Incik Pening sebab sanggup tak pegi keja dan amik MC semata-mata nak teman kami ke CH. Walaoweh!!!!
sampai ja pagi tu, terus sarung jubah....lempar mothar board di Ladang Teh
#CameronHighland
lapaq stobeghi , lapaq stobeghi #CameronHighland
muahahahaha feeling pelancong luar kejap #CameronHighland
di sempadan negeri ini kami berjanji setia...jiwang! #CameronHighland
.
.
.
end
0 wiwitt balik:
Post a Comment