Assalamualaikum dan salam sejahtera buat bestfriend forever sekalian,
Lama tak hupdate blog ni. Dan TARAAAA! aku dah tukaq dah blog templete nih, sesuai dengan jiwa aku simple-cool-comey dan gemarkan kedamaian hijau. Cuma mungkin ada sekelumit benci-bencian akan header blog di atas tersebut. Entah mengapa tajuk blog mesti muncul menjadi dua. Berapa kali percubaan aku untuk mendelete element-element yang ada dalam edit HTML akan tetapi gagal juga untuk menghapuskannya. Kubiarkan sahaja sambil menyebut 'I Like Care?!' setiap kali aku melihat header blog tersebut. *sigh
Alright la kan, terlalu panjang mukadimah tersebut. Pada 5th September bersamaan hari Rabu, aku and the rest of BFF aku yang lain telah berpakat nak wat SUPGHISSEEE BELATED BUFDAY PARTY buat INSPEKTOR POLIS NUR AFIDA POLI a.k.a PIDOT yang telahpun mencecah 23 tahun pada 25th August yang lepas. Oleh yang demikian, kami telah berpakat nak outing bersama-sama dan gi berpicnic kat tepi laut Pasir Pandak la konon kan. Agak bijak kan kami merencana strategi untuk menyembunyikan motif sebenar kami. *Ehhe!! Warga yang terlibat akan operasi party kecil-kecilan ini diterajui oleh gadis pingitan iaitu aku, Embok Thah dan Dodot.
the triplet yg terlibat dlm kancah operasi Pidot
Plannya simple, aku dan Dodot telah menyembunyikan kek dan 2 beg tepung ubi kat belakang keta sementara Embok pula duk memastikan Pidot terus lalai. Ya, barangkali ada yang mempersoalkan mengapa mesti tepung ubi menjadi pilihan? Sebab nak save bajet. Nak beli tepung gandum, mahai sgt boh.. Baik buat cucur pisang, ada gak faedahnya untuk perut kan??. *ahhakss! Sebelum memulakan operasi prank tersebut, kami semua berpura-pura mengulit kenangan lama sambil menghilai ketawa sepuas-puasnya di bawah pokok yang rendang tepi pantai tersebut. Sejam kemudian, kami ke kereta dan sekembalinya kami terus menaburkan seberapa banyak das tepung kepada Cik Pidot! Tarrraaaa! Supghiseeee Cik Pidot oiiiii!!
hasilnya sgt mengagumkan... ^^
no one is safe from tepung ubi!
the tiny miny little cake.. ^^
embok main kotor... calit-calit aising pulokk!
muka tension... ^^
pegang tangan kitaorang erat-erat, sebab takut kena khianat
time posing depan camera adalah 'payback time' yg paling tepat
lokasi piknik yg permai
end
0 wiwitt balik:
Post a Comment