Thursday 11 September 2014

Operasi Kerja Kahwin

Hola bride-to-be sekalian!!

indeed!

Feeling pretty right now? Cuz I'm feeling it right now. Tinggal 89 hari sahaja lagi untuk aku transform status menjadi Mrs Nasri. Yep, excited-blurr-serabut sikit.. al-maklumlahkan kerja kahwin. Frankly speaking, untuk majlis akad nikah aku nih semuanya dikontrol sepenuhnya di tangan aku dan si dia... Most of the time, aku kot. Haha* Majlis akad nikah kami yang bakal dilangsungkan pada 6 December 2014 nanti sememangnya tiada campur tangan dari keluarga pihak aku mahupun pihak family-in-laws (FIL). Mengharapkan bantuan keluarga sendiri, dorang jugak tak tahu-menahu acane nak running kenduri. Nak harapkan bantuan bakal F.I.L, mereka pula jauh berada di Darul Ridzuan. Memang tak dapek nak nulung den. Nak tambah lebih sadis, si dia pulak jauh bekerja nun di Keyel nuh. Ehehehehe. Arghhhh! Eheheheeh.  *GelakOrangGilaSat*

Masa first time nak mulakan "operasi kerja kahwin", I'm totally freakout a bit. Masa tu rasa macam nak pi upah wedding planner standard Pak Abu *what!? hang pikiaq hang retissssss ka hapa? pengsan!* Pastu, duk pikiaq sejenak sambil makan rojak tepi pantai, barulah leh pikiq waras sikit. Kalo org len boleh buat, aku pun boleh buat kan??  Eceh. Demi merealisasikan impian sendirik, aku anggap semua ni cabaran yang perlu aku tempuhi sebelum terbang ke syurga bersama yang tersayang~~~ Tak giteewww??? Eww. Eww.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Sesungguhnya yang besar berkat nikahnya ialah yang sederhana belanjanya" ( Riwayat Ahmad )

So, operasi kerja kahwin kami ni takla susah sgt nak urus sebab aku dan si dia merancang nak buat sederhana sahaja. No majlis persandingan! No baju kahwin dua tiga empat pasang. No kanopi 10 buah. Simple yet elegant. Gitu! Oleh sebab aku ni takde pengalaman nak anjurkan majlis kenduri sebelum nih, aku banyakkan membaca blog, artikel, malay forum, Majalah Pengantin, pendapat BFF, perbincangan whatsapp suma... See? Nampak tak konvensional kan cara aku handling suma nih? Haha* Janji siap! 

Truthfully, aku jenis yang sgt sistematik. I keep all the receipt's payment, standby calculator dalam handbag dan draft everything from A-Z dalam Microsoft Word. Nak draft dalam Microsoft Excel tak pandai lak kan. So, aku siapkan satu checklist panjang tentang impiana majlis perkahwinan anganan aku. Terima kasih Incik Tunang sebab nak merealisasikan impian wedding iols. Si dia sentiasa setuju dan suka je apa yg aku usul kat dia. Its like we made for each other! Wow, statement.

Bagi mencari servis yang baik dan mengenakan harga yang berpatutan adalah sgt sukar. Aku mintak suggestion mostly dari para bridesmaid aku dan pencarian di media sosial especially di Instagram. Tekan je tagging, semua keluar kat situ. Alhamdulillah, pencarian sudah selesai. Sebenarnya, apa yg penting ialah aku sentiasa mencari orang yang senang berurusan, tak banyak songeh, tak ramai pelanggan lain, tak mempengaruhi minda pengantin-to-be dengan ilusi perkahwinan megah mereka dan memahami budget pengantin. 

Dalam hello sana, hello sini.... ramai jugaklah yang berusaha nak tekan aku lebih sikit dengan cakap macam-macam sampai kekadang aku pun terasa nak tambah itu ini... Bahaya jugak kalo off budget kan? Jangan sampai pecah tabung pulak kan.. Haha* Kalau aku jumpa dengan orang jenis segini, memang aku bagi ayat yang sama such as... "Saya bincang dengan tunang saya dulu ye, kalo confirm nanti i call you back.....probably!". Pastu, cabut blahhhh. Easy as that! 

wiwiwiwiwiwi

Oleh sebab tinggal 89 hari lagi, kami langsai suma bayaran deposit. Tinggal nak bayar last payment je lagi pada December nih. Wiwiwiwiwi!!! Tak sabaq lak rasanya walaupun duit tinggal seposen dua. Haha *laphingus* Tinggal beberapa perkara je yg belum settle, semoga suma ni dpt disettle cepat-cepat supaya aku selesa tidoq malam. Kroihhhhh~
  1. Tarikh perkahwinan - 6th December 2014 ( done! )
  2. Sijil kursus pra-perkahwinan - 11 & 12 June 2014, Kuala Lumpur ( done! )
  3. Lokasi Perkahwinan - kediaman sendiri, Kuching Sarawak ( done! )
  4. Tema Perkahwinan - Radiant Orchid ( done! )
  5. Pelamin - Ariana Butik Perkahwinan ( deposit done! )
  6. Make-Up Andaman - Qizandra Profesional MakeUp Artist** 
  7. Aksesories - Ariana Butik Perkahwinan ( deposit done! )
  8. Bunga Tangan - D.I.Y ( done! )
  9. Pakaian Akad Nikah (P) - Jubah Butik Grace (done!)
  10. Pakaian Akad Nikah ( L ) - tailor**
  11. Customade Shawl and Veils - Beads and lace House**
  12. Cincin Perkahwinan ( P ) ( done! )
  13. Cincin Perkahwinan ( L )**
  14. Katering - Awang Iskandar Enterprise ( deposit done! )
  15. Food Tasting ( done! )
  16. Doorgift - Bunga Telur ( done! )
  17. Hantaran perkahwinan - 5 balas 7 dulang DIY ( done! )
  18. Kanopi - YNZ Sdn Berhad ( deposit done! )
  19. Kad Kahwin - Kad Kahwin Jengka ( done! )
  20. Prop Wedding - Kad kahwin Jengka ( done! )
  21. PA System -The Stage Company ( deposit done! )
  22. Fotografi - Pixquizit Photography ( deposit done! )
  23. Homestay - Aiman's Homestay ( deposit done! )
  24. Tiket Penerbangan FIL  - Airasia PENANG to KUCHING ( done! )
  25. Borang Kebenaran Nikah pihak lelaki ( done! )
  26. Borang Kebenaran Nikah pihak perempuan **
  27. Wali Hakim**
  28. Reserved Tok Kadi **
  29. Senarai tetamu undangan**
  30. Hiasan bilik tidur ( done! )
  31. Rawatan SPA**
  32. inai **

.
.
end

Wednesday 10 September 2014

Pesakit Tegar

Salam pesakit-pesakit sekalian, sudah sembuh ke belom?

Ahaks. First of all, jutaan maaf kpd para reader sekalian kerana takley nak maintain hupload entry selalu sangat. Hal ini demikian kerana kekangan masa dan tenaga untuk teruih keep up dengan my new lifestyle as new teacher. As addition, tempat aku dipostingkan pulak agak jauh jaraknya dari my hometown which is at Bekenu, Miri. It is 95 kilometres melalui darat uols. *Kebas punggung pergi ke Bekenu hari tu guna kereta. Bekenu adalah kawasan luar bandar yang masih lagi serba-serbi kurang especially kemudahan internet. Internet itu ada, cuma kadar kelajuan masih tahap siput. Maka, nak hupdate blog dan bervideocall Incik Tunang yang duduk di Keyel sana adalah sangat imposibble for us. *sigh. But so far, none of that really matter kerana di tempat itulah Allah berikan aku rezeki. Tiada rungutan di sini uols, I'm trully happy working here. Sememangnya as new teacher, tugas yang dipikul memang berat. Tambah-tambah pulak jawatan itu memang sudah lama kosong dan tiada guru mengisi jawatan tersebut since January. Pergh, kesian kan para student iols? Memang bagaikan bunga yang hampir kelayuan disirami air. I'm hoping I can be the saviour to my kiddos! Fighting!!

See? baru masuk sekolah je, ramai kengkawan sejawatan iols. 
#Alhamdulillah

Alamak, panjang je mukadimah.....
Ye mukadimah, baru nak start berceloteh ni uols...

Pada 5th Syawal, aku telah diadmit ke hospital. Kali ini pula, kedua-dua lutut aku perlu dioperation. Pembedahan laser lutut katannya. And I'm like, tak sampai setahun aku kena penyakit yang bukan-bukan lagi. Unbelieveble. Memang leh jadi ratu hospital aku ni kot. Kalau korang masih ingat, pada 24th December dulu aku ada operation kat leher ni. Tak ingat eh? Klik dan baca entri ini. Malangnya tahun 2014 ini, nasib aku tetap sama. This time it is at both knee. Osteoarthiritis.

the operation take 3 hours... Pengg fo awhile, sekali raba-raba lutut dah berbungkus
cam cerita hindi 'Mann'.. seram!

Menurut kata doctor, lutut aku sebenarnya dislocated. Tempurung lutut aku tu keluar daripada tempat asalnya menyebabkan ia bergeseran antara satu sama lain. Kalau bergeseran dalam tempoh yang lama, maka tulang akan retak dan tisu banyak rosak. Pabila dah struktur tak betul camni, doc terpksa reconstruct semula tempurung tu back in place dan licinkan semula permukaan tulang yang retak tu. Now, lepas pembedahan tu, aku tak boleh nak lipat kaki dan duduk mencangkung. It is been 1 month and half now. Terpaksa bercuti lama. No works. 

However, aku tetap menjalankan tugas sebagai guru tau? Pada minggu terakhir cuti MC aku tu, I'm back to work. Walaupun masih lagi on MC, aku kalut nak ajar murid-murid mengenai cara menjawab soalan peperiksaan. Penting tu sebab aku tak sempat nak ajar format PT3 to all my Form 1 student. Tak lupa juga dengan Form 4 student yang masih lagi terkapai-kapai menjawab soalan peperiksaan. Main buh je jawapan. Jawapan yang betul sahaja tidak memadai kalau cara menjawabnya dalam ruangan jawapan kurang tepat. Betul tak para guru sekalian? Siap dengan itu, aku sempat jua mengubal soalan peperiksaan yang akan diduduki oleh mereka pada awal bulan September ini. Gitew!!! Dedikasi itu perlu ada pada setiap guru. Unfortunately, hanya sempat 3 hari sahaja bekerja semula, kaki aku kembali sakit tahap gaban. Berdenyut-denyut. Condition aku macam cerita Dr House. Uols tengok kan drama series 'House'?. Dr House yang tempang tu terpkasa telan ubat painkiller untuk meredakan kesakitan. Once ubat painkiller is out of stock, aku mengelepar kesakitan. So, aku decide balik ke Kuching guna last flight malam tu. Apa nak jadik, jadiklah!

my 4 stunning BFF yg sanggup abaikan kemeriahan Raya Eidfitri tahun ni
semata-mata melawat aku di Hospital #terharu

Ya, ini mungkin balasan buat pesakit yg ingkar nasihat doctor. dan jugak sebab terlampau banyak bergerak dan naik tangga di sekolah menyebabkan kaki aku tidak mendapat rehat yang sewajarnya.. Pagi Khamis, aku jumpa follow up dengan doc, beliau beri aku MC 2 minggu lagi. haha* . What a life of patient. Ini bukan percubaan taknak pegi kerja keh? Aku sememangnya in pain and it really grateful to having two more weeks untuk rehatkan kaki ni. Tak sangka luka selepas operation tu masih lagi tak sembuh dalam tempoh yang diberikan. Hmmmmmmm....

Nak cerita pasal kat Airport Miri. Malam tu, aku terpaksa beli tiket kat airport sebab dah takley nak access and beli secara online malam tu. Housemate dan rakan-rakan sekolah aku ramai-ramai hantar aku pi airport. Siap amik wheelchair dan sorong aku kat airport tu. Nak dijadikan cerita, wheelchair AirASIA tu actually perlu dikenakan bayaran sebanyak RM60 dari airport Miri ke flight tersebut. Dan dan kalau nak guna wheelchair tu sampai flight, perlu ada seorang lagi ikut dan tolak wheelchair tu.

 Tapi sebab simpati dengan nasib yang menimpa aku, aku ditolak la oleh pihak krew anak kapal AirAsia tanpa sebarang bayaran. Siap dorang roger-roger pihak krew Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LAK) untuk set up BRIDGES bagi memudahkan aku guna wheelchair dari flight ke airport sana. Terharu beb! Tolak aku sampai ke kereta pulak tu. Nak tambah terharu pulak, adik aku lambat lak nak pick up aku sebab adik aku baru berangkat dari umah. Al-maklumlah, last flight pastu delayed sampai 2 jam. Memang sampai tertidoq atas wheel tahu tak? Blegh.... BTW, TQ AIRASIA. Baru kali ni aku rasa Air asia tak berkira ngan aku, dulu sangat la mengikut peraturan sampai tahap takley nak tolerate dgn kesusahan yang dialami oleh penumpang. Beg berat sikit pun, tetap charge. Ini semua atas kuasa Allah. Dia maha pengasih dan maha penyayang. dengan mudahnya, Allah permudahkan urusan yang sulit kita alami. Syukur! Semoga aku terus bersaabr atas cubaan dan ujian ni. Kata orang, sakit itu kifarah dosa? Yedop? Sabar dan terus bersabar... Hoping for miracle and speedy recovery!!! AMINNNNNNNNN!!!

.
.
.
END

Sunday 15 June 2014

Mahligai Indah berasaskan Restu Ibu Bapa & Barakah ALLAH

Assalamualaikum w.b.t kepada semua yg sudi membaca diari kehidupanku ini,

Terdetik pada hari ini aku ingin kongsikan kegembiraan yg tidak terkata untuk semua reader yg aku dan si dia akan menamatkan zaman bujang trang-tang-tang kami berdua. Cukup-cukuplah kami bercinta dan mengenali hati budi memasing selama 4 tahun bukan? Ramai juga sanak-sedara, para BFF, member taulan kat institusi pengajian, para acquintances Fesbuk, IG, dan Twitter bertanyakan soklan "bila nak makan nasik minyak uols??" Tudiaaaa na, excited depa suma. Barangkali depa suma suda tak sabaq lagi noh nak merasa nasik minyak yg bakal ditaja oleh kami. Maka, mohon gumbira selepas mendengar perkhabaran ini. Hoyeah!

Ya, kami faham nasihat orang, tak baik bercinta terlalu lama, nanti mengundang bermacam jenis perkara yg tidak diingini. Baik segerakan apa yg baik kerana mendirikan masjid adalah salah satu ibadah. Ya, kami mengerti dan aware dgn kata-kata mutiara ini suma. However, aku cuma mahu fokus mengejar cita-cita dan ilmu terlebih dahulu agar aku berpeluang untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak. Utk itu, aku terpaksa ketepikan mendirikan masjid kami dahulu. Sesetengah kamu barangkali berpendapat, "Ramai ape yg berkahwin sambil belajar, okay je? Dah kenapa kau tak boleh pulak, tambah pulak kekasih kau pun dah ada kerja an an...?"Ohhok! Rilek brader dan mem sekalian, memang sudah menjadi trending ramai pasangan muda yg bernikah semasa belajar. Niat kami sendirik pun memang mahu bernikah segera, tetapi aku bimbang kalau apa yg aku kedong tak dapat, yg dikejar berciciran. Seram tu. Seram tu.  

Frankly speaking, ibu bapa aku juga tidak mahu aku bernikah semasa belajar. Jadi, semua anak di muka bumi Allah ini yg mahu perkahwinan mereka bukan sahaja mendapat keredhaan Allah bahkan juga keredhaan dan restu ibu bapa mereka kan? Bimbang nanti jatuh lafaz anak derhaka sekiranya kita ingkar. Sentiasa beringat yg kita masih di bawah tanggungjawab mereka, dosa kita pun masih mereka yg tanggung dari kochik hingga besau. Kalau kita ingkar, perkahwinan yg dibina juga barangkali tidak begitu bahagia. To simplify, restu ibu bapa itu penting.

Selaku anak, aku kena memahami situasi semua ini kerana aku sahajalah anak perempuan yg mereka ada dan mereka sentiasa mahukan yg terbaik utk aku. Anak perempuan sekalian, kena sentiasa berfikiran positif terhadap org tua dan jangan pernah berputus asa sampai melalut ke Thailand pulekk. Tak baik gitew tau tau. Tambahan pula, pilihan anak menantu pulak datang dari jauh seberang lautan keluaran Bagan Serai, Perak Darul Ridzwan. Sememangnya mahu dapatkan green light agak sukar. Namun, mereka berdua tidaklah menentang kaw-kaw hubungan percintaan kami sepanjang 4 tahun ni, mereka cuma a little bit protective and cautious kan? Pabila sudah mengenali dengan lebih dekat, segala streotaip mengenai 'org semenanjung suka kahwin dua', 'org semenanjung pandang hina perempuan Sarawak', 'org semenanjung ada agenda itu ini itu ini', akhirnya mereka tepis ketepi. Tak semua org Semenanjung begitu, bukan? Alhamdulillah, berkat dengan kesabaran, doa dan usaha, Allah SWT bukakan pintu hati ibu bapa aku untuk menerima si dia seadanya. 

Jgn percayakan streotype melampau antara kamu 

Pada December 2013, si dia datang berbincang dengan kedua-dua ibu bapa aku. Ketaq boh. Ayah cakap beliau tiada halangan utk hubungan kami ni. Kata beliau lagi, kita akan berbincang mengenai tarikh perkahwinan sebaik sahaja aku sah dipostingkan tahun depan. Namun, pada tahun 2014 ni, keputusan temu duga guru yg aku hadiri pada bulan March tidak jugak menampakkan keputusannya seperti menunggu hujan yg turun dari langit saban hari gitu. Aku dan si dia bimbang sekiranya aku tidak berjaya, sia-sialah kami tunggu selama ini. Pada awal bulan Mei, aku mengajak Incik Apak berbincang dan menyatakan perancangan pernikahan kami dan meminta beliau bersetuju dengan tarikh 6 December 2014 sebagai tarikh pernikahan kami ni. Sejurus itu, beliau terus mengajukan persoalan yg mana sekiranya aku tidak lulus temu duga guru ni nanti, masihkah si dia mahu mengambil aku menjadi isteri? Persoalan itu, aku jawab dgn yakin bahawasanya si dia sanggup terima aku. Actually, aku sendiri sudah mengandaikan persoalan seperti itu keluar dari mulut Incik Apak. I know my daddy well, you know? Heee~ Setelah seribu satu soklan diajukan oleh Incik Apak kepadaku, akhirnya beliau memberi persetujuan. Tanpa berlengah-lengah lagi, Puan Emak call dan beritahu kat semua sanak-saudara berita gumbira ni. 

Ya, kita manusia yg kerdil ini hanya mampu merancang segala-galanya tetapi Allah SWT yg menentukan rezeki kita. Pada penghujung bulan Mei itu juga, di saat aku hampir redha dengan ketentuan kebarangkalian aku gagal mendapat peluang pekerjaan yg aku idam-idamkan, finally keputusan temu duga aku keluar dan aku antara graduan ISMP yg berjaya dan akan ditempatkan ke sekolah dalam masa terdekat ni. Terima kasih kepada semua especially kepada si dia kerana pada saat aku melaui tempoh penantian yg memeritkan, si dia sentiasa bersangka yg baik-baik terhadap kebolehan aku dan sentiasa mengingatkan aku bahawa Allah SWT akan memberikan setiap rezeki pada yg betul-betul berhak, yg berusaha, yg bertawakal dan yg sabar. 

Syukur tersangat-sangat kerana Allah memberi rezeki kerja guru ini kepada aku, dengan ini perjalanan rumahtangga yg bakal dibina INSYAALLAH berjalan dengan lancar. Benar kata orang, sekiranya niat kita bernikah kita betul lagi benar dan juga berlandaskan restu ibu bapa, insyaAllah.. Allah SWT akan membantu kita dengan melimpahkan rezeki berganda. Terima Kasih ya Allah! Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa!

Akad Nikah : 6 DECEMBER 2014
.
.
.
end

Friday 30 May 2014

The Result

Maaf, maklumat anda tiada dalam urusan!

Hampa. Inilah ayat yg sering kami dapat dari minggu ke minggu. Sudah berapa kali Jumaat dan perkhabaran palsu tentang tarikh result yg dijanjikan. and yes dear, inilah cabaran yg dihadapi oleh setiap graduan masa kini. Tak semestinya anda punya ijazah berkelas pertama sekalipun, anda dijanjikan pekerjaan tetap yg bergaji besar setiap bulan. Apatah lagi, nasib yg bukan graduan, *no-offense folk!* sudah semestinya bergelut utk mendapatkan apa-apa peluang pekerjaan walaupun gaji tidak setimpal dengan keringat yg bakal diperah oleh majikan. Namun begitu, perlu beringat janji Allah SWT adalah pasti kepada hambaNya yg rajin + sabar + usaha kepada-Nya. Tak gitu?

Semalam, tanggal 29 Mei 2014 bersamaan dgn hari Khamis, akhirnya keputusan temu duga graduan ISMP telah keluar. No wonder la jari-jemari mengigil je nak masukkan no. IC utk semakan keputusan temu duga kali ini. and as the result..... HEAVEN!!!

And I'm like seriously? *gosokgosokmata* Thank God!! Syukur syukur syukur atas rezeki ini ya Rabb. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Teruih aku meloncat-loncat seorang diri di ruang tamu sambil menitik air mata kegumbiraan. Sejuta tahniah kepada 56 orang rakan seperjuangan opsyen Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama ( PBMP ) keluaran Universiti Putra Malaysia batch 09' yg turut lulus temu duga ini! Hell yeahhh brother and sista, perjuangan kita baru sahaja bermula. 

dan dan tidak dilupakan juga kepada yg gagal, diharap bersabar atas ujian-Nya. Tidak dapat bayangkan jika aku juga dlm posisi anda sekarang. Aku mengerti, kebahagiaan keluarga adalah agenda penting untuk kita semua kerana merekalah adalah salah satu sebab kita berusaha ke arah ini, bukan? Namun, gagal sekali bukan bermakna anda suck. Don't ever think of that! Barangkali ada HIKMAH di sebalik-Nya. Percaya pada hikmah Allah SWT, kerana Allah knows best for US. Yang penting, jgn pernah putus asa utk re-apply semula sampai dapat kerana sebenarnya kita semua merupakan calon pelajar pendidikan yg layak utk bergelar guru. Kalau kita tak layak, how come kita boleh sampai sejauh ini kan? Never give up, my friends! 

Juga pada yg mendapat status calon simpanan, anda semua bukan dikategorikan gagal. Ini semua terjadi tiada kekosongan opsyen utk penempatan di sekolah-sekolah. Jadi, jgn pernah berhenti berharap. Teruskan berdoa kerana pintu rezeki anda semua masih lagi belum tertutup. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar dan Memakbulkan doa. Rabbi Yassir wala tu'assir, Rabbi Tammim bil Khoir ( Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan ).

Sementara menunggu surat lapor diri dan penempatan, aku nak ucapkan HAPPY SCHOOL HOLIDAY ya folks!! Doakan agar aku ditempatkan di tempat yg baik-baik. Amin.
.
.
.
end

Monday 12 May 2014

Konvokesyen yg Awesome Tak Hengat

Hi readers dan juga alumni-alumni IPTA'S sekalian,

Tiada ceritera yang terlampau gembira yang berlaku pada aku sepanjang 2014 ni. Barangkali belum lagi, ataupun aku sendiri punya sindrom cepat lupa menyebabkan jari-jemari ini kurang gemar menari-nari menaip entri yang terbaru. Baiklah! Utk tidak menghampakan harapan adik aku yg gila pemurah memasang Tmnet WIFI kat rumah recently, makanya aku kena berbakti dengan sekali-sekala memuat naik entri terbaru demi tidak menghampakan peminat aku di luar sana. So, kadar pembayaran bil WIFI utk sebulan dimanfaatkan sehabis baik utk menghupdate blog. Tak gitew, para peminat? Adakah...? Cih!

mohon AbgLong Nyau tenyeh pale org bajet blogger feymes... LARIKKK

Jadi, sebelum masuk ke tahun 2014 ni, aku akan flash-back kisah aku zaman dulu-duluan, kalau rasa bosan mahaplah eh? Aku mau cerita mengenai KONVOKESYEN!!! Yepppi, yeppi yeppi...! Gitu la bunyi sorakan keanak-anakkan para graduan sebelum pergi naik pentas dan lempar Mortar Board ke udara. Yep, segelintir antara kita beranggapan itulah upacara yg paling digemari dan yg  paling ditunggu-tunggu sepanjang kehidupan di muka bumi ni. Ada juga yg beranggapan “Duhhh...its just a boring ceremony, nothing special about it...”. But for me, aku dah set rasa kegirangan nak terima scroll degree tu dari aku start masuk tadika lagi. Tambah-tambah lagi, sepupu-sepapat aku yg datang dari kampung always come to our house and mintak mak dan apak aku uruskan persediaan dorang masa kemasukan diorang masuk universiti. Dpt dengar dengan jelas rintihan kecil yg diloudspeakerkan oleh mak dan apak berbunyik begini, “Duk sebok hantar anak org len ja masuk universiti, entah anak-anak aku boleh ke dak masuk U???,”. Erk?! Gulp! 

Tadaaaahh!, siap boleh bergraduat dengan kepujian kelas pertama lagi.

Apa yg aku boleh simpulkan, UPM merupakan tempat aku mengenali erti persahabatan, erti kehidupan, erti realiti, erti bersyukur, erti cinta dan pelbagai erti duniawi yawww! And i’m proud to be one of Alumni UPM. Pada masa aku bergraduasi, aku turut bersyukur yg amat sebab boleh tunjukkan hasil yg aku usahakan selama 4 tahun ni bersama orang-orang yg aku cintai. Tanpa sokongan dari aspek kewangan, tenaga, masa, moral dan cinta mereka, barangkali aku tidak dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Kejayaan ni sebenarnya adalah kejayaan mereka. Maybe its sound cliche tapi its the truth.

#pre-convo

#pre-convo

#pre-convo

Sebelum majlis konvokesyen tu, aku dan puan mak memang nak set one whole week to be at Semenanjung M’sia. Beli tiket flight dari 24th Okt sehingga 30th Okt. Masa kami tempah tiket, kami dpt harga promosi MAS. Memang happy habis sebab kami dikira agak lewat menempah tiket flight sebab tunggu punya tunggu punya tunggu tarikh konvo yg rasmi dikeluarkan oleh pihak UPM. Kami sekeluarga memg abaikan segala aktiviti rutin dan kerja, dan aku sememangnya sudah siap set up pelbagai aktiviti sepanjang keberadaan kami di sana. Biar padat aktivitinya sebab apak memang tak suka lama-lama berada kat umah orang. Kata beliau, home sweet home. Tapi, bila lagi kan nak menjelajah tanah semenanjung bersama-sama? Sambil menyelam, weols minum air. Gitewww~ frankly, it is not all about konvokesyen, tapi nak pi melancuuuuuuung~~~hak hak hak

sakit mata ye bang? eeeeeew

 sampai je Serdang, terus kena belanja mkn Nasi Arab laluh.. Mandi Lamb Plish!  
#DimaRestaurant

tumbuhan herba, jenuh laluh dengar 
#pestaKonvoUPM

berjam-jam cari pakaian utk adik...selfie dulu la uols! 
#SogoKL

shopping time!!! #nilai3

 Puan emak dgn bakal anak menantu...ehem ehem #ICT

ini bukan rancangan romantika, suweeettttnya uols!

Masa majlis konvokesyen tu, aku kena waktu petang iaitu sesi keempat, around 2.30 PM. Jadi, kami semua kena dlm mode standby 1.40 PM kat luar dewan. Masa kami semua sibuk-sibuk berbaris, tetiba aku diapproach oleh lelaki yg gayanya bagai dlm film Man In Black gitu. Roger this, roger that. Then, aku disuruh bergerak dan tunggu di muka pintu depan. OMG! Excited gila! Cam all eyes on me gitu. So, aku adalah insan pertama yg berada di barisan hadapan melangkah gaya catwalk berarak masuk ke dalam Dewan Besar UPM. Hmmm... expectation je tinggi. Mak dan apak aku tak tengok aku pun masa tu sebab baru nak cari tempat duduk. Ngrrrrr!!! Plus, duduk seat paling depan. Memg takley la nak selfie gedik-gedik bagai dlm dewan tu. Yg duduk belakang, best sgt. Dorg siap gossip XOXO mak jemah gitu sebab lama tak jumpa kan. Weols yg malang terpaksa la control ayu ala-ala wanita Melayu terakhir.

inilah hasil duduk berhemah + maintain comel kat barisan depan, tenkiu jurugambar UPM! 
#DewanBesar

Detik giliran program PBMP dipanggil naik ke atas pentas, boleh pulak aku jadi pelajar PBMP yg terakhir sekali. Melihat kelibat rakan-rakan aku yg telah awal naik pentas, mak dan apak aku pulak tak keruan, tunggu nama aku tak kena panggil-panggil. *terbukti-Puan Emak-kalut. Masa naik pentas, aku memang sedaya-upaya fokus dgn tatatertib amik scroll seperti yg dah ditaklimatkan dan juga dengan harapan aku tak wat aksi spoiled atas pentas. Nasib la sikap spoiled aku tak muncul utk memalukan aku masa konvo tersebut. Sebab ada segelintir alumni siap ada yg tercabut pin tudung, tudung senget, selempang jerut leher, dan ada juga lupa pakai mothar board, nervous sgt barangkali. Alhamduliloh, tiada apa yg spoiled masa tgh catwalk atas pentas. wehhuuu~

steady...steady..maintain jgn jatuh plish

However, perkara spoiled berlaku jugak selepas aku turun pentas, aku lupa bawak resit gambar atas pentas la pulak. Spoiler Alert! Spoiler Alert! Aku terlupa bawa nombor resit gambar pentas yg telah dibayar sebelum konvo  adalah perlu dicatatkan di atas kad yg diberikan sejurus turun dari pentas. Dgn adanya nombor resit tu, mudahlah kita claimed gambar atas pentas tu kelak. Masa tu, aku kemain gelabah sebab aku tak bawak henpon pun. Skema tak i? Skema tak? Memg skema habis patuh dgn tatatertib dan peraturan yg ditetapkan masa konvo tuh, padahal ramai je yg ingkar sigh. Lantas, aku pinjam la HP kawan aku dan nak call Incik Pening yg jaga beg tangan aku kat luar dewan. Sembunyik-sembunyik iols nak tekan HP risau Abe ‘Man In Black’ mohon utk rampas HP, naya aku. Tekan punya tekan number Incik Pening, terlupa kejap number HP Incik Pening. Siap mintak kwn-kwn check dlm HP memasing, ada ke tak save nombor Incik Pening? Memg sah-sah la kawan aku tak save. Mana mungkin kwn-kwn save nombor kekasih orang kan? Adoi. Lama jugak la aku cuba ingat balik nombor HP tu last-last dpt jugak dihubungi. Settle! Lega cket. Fuhhh~ *Incik Pening sila kawal emosi anda jika anda baca entry ini. I dah hafal gila-gila dah no HP u. Haha!

After ceremony, keluar je dari dewan, rain start pouring! Lebat siot. Memang hancur hati nak gambar reramai dengan kawan. Nak golek-golek kat padang rumput cam Hindustan. Fortunately, nasib dah amik gambar pre-convo. Masa melangkah turun tangga Dewan Besar tu, kelihatan kekasih hati iols tunggu kat bawah khemah senyum ke arah aku sambil tangan beliau sarat pegang beg tangan, jambangan bunga, hadiah Teddy Bear besar kawan aku dll. Then, aku tengok adik aku tercangok-cangok tido kat kerusi menunggu. Kesian. Pastu, tengok keluarga kandung aku yg masih lagi setia menunggu dari awal sampai akhir konvo. Tersangat terharu dan gembira at the same time. Sobbing~ Jasa kamu semua hanya ALLAH yang boleh membalas!!!  Oleh sebab hujan lebat, bergegas ke Studio Serdang. Amik gambar kenangan.

 Akhirnya!! ketar-ketar tahan senyum kambing 

 i'm wearing Khaylia series, Kimono-Kebaya by How DoI Look Zenith 
#beforeConvo

 terjumpa saudara-mara sebelah mak meraikan kakak terima PHD, humble iols di situ
#beforeConvo

 bersama kekasihku/ nadi kejayaanku, Incik Pening

 muka happy lepas terima scroll

my biological family, terima kasih sebab dtg meraikan kejayaan ni bersama

dan dan dan..... Malam tu, kami semua makan besar. Pagi tu kami terusssss pecut naik Cameron Highland. Terima kasih Aunty Chai, Yeop dan Incik Pening sebab sanggup tak pegi keja dan amik MC semata-mata nak teman kami ke CH. Walaoweh!!!!

sampai ja pagi tu, terus sarung jubah....lempar mothar board di Ladang Teh 
#CameronHighland

lapaq stobeghi , lapaq stobeghi #CameronHighland

 muahahahaha feeling pelancong luar kejap #CameronHighland

 di sempadan negeri ini kami berjanji setia...jiwang! #CameronHighland

.
.
.
end

Monday 5 May 2014

Huru-hara IV ku Ohh Hohh!

Assalamualaikum buat bakal guru-guru di Malaysia,

dahulu  BumBum yg sudi menemani ketika tgh stress membaca buku IV ini, R.I.P BumBum

Ya, pada 4hb Mac 2014...Aku telah dipanggil untuk menghadiri Temu duga jawatan PPPS (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah) Gred DG41 bagi graduan ISMP kerana aku telah menamatkan pengajian aku pada 27hb Oktober 2013. Temu duga SPP bagi graduan ISMP ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut zon ( zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur dan zon Sabah&Sarawak ) mulai 4th March sehingga 30th March 2014.

Selepas selesai sahaja giliran aku ditemuduga, rakan-rakan seperjuangan yang lain bertubi-tubi bertanyakan aku pelbagai soalan yang berkaitan dengan Temu duga SPP. Memang sarat whatsapp tidak lupa juga We Chat. Aku dah macam pegawai urusetia SPP pulak ase. Namun, soalan rakan-rakan bukanlah menjadi bebanan utk aku jawab kerana memang fitrah kita manusia yang inginkan kepastian untuk menjawab segala keraguan. Itu lebih baik daripada kita tertanya-tanya dan akhirnya tersesat jalan. Sebagai bakal guru, aku memg suka berkongsi apa-apa sahaja dengan orang lain, kecuali berkongsi bakal suami. Yang tu, mohon pergi cari yang lain. Actually, perkongsian ilmu dan maklumat barangkali boleh menjadikan pencapaian orang lain lebih baik daripada anda, tetapi perlu beringat yang Allah yg menentukan rezki kita. Kalau itu memg sudah tertulis utk kita, maka itu akan menjadi hak kita. Tak gitu?

Ya, buat mukadimah diri ini aku boleh katakan yg aku merupakan salah seorang graduan ISMP, UPM dan juga antara calon guru ISMP yang dipanggil awal untuk ditemuduga kerana temu duga itu berlangsung di zon Sabah&Sarawak terlebih dahulu iaitu pada 4hb Mac 2014. Oleh sebab aku sorang je anak jati Sarawak dalam program PBMP 2009/2010 dari UPM untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, memang agak tegang situasi yg aku alami utk pergi turun berperang. No one I barely knew over there. Terdetik menyesal pulak aku tak sign up utk ditemuduga kat negeri len. Sekurang-kurangnya, aku leh la serap aura confident-level yang tinggi dari rakan seperjuangan PBMP yang len. 

Calon yang lain, semua guru keluaran UPSI. Kira-kira 15 orang guru Bahasa Melayu pada ketika itu dan kami ditemuduga pada akhir masa. Bukan guru BM je yg ditemuduga masa hari itu, guru Pendidikan Islam dan ada dua lagi course yg lain yang aku sendiri tak pasti sebab kurang peramah. Jadi, group Pendidikan Islam dulu diinterview. Untunglah buat mereka yang ditemuduga seawal pukul 7.30am. Aku yg sepatutnya ditemuduga pukul 9.30am menunggu air hujan yg tak kunjung tiba. Bayangkanlah, aku bangun pagi seawal pukul 4am. Menunggu di ruangan menunggu pd pukul 8.30am. Jumpa dan serah dokumen kat urusetia dlm pukul 12.40pm. Dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga pada pukul 1.15pm. Masa dalam bilik temuduga tu, aku dah cam zombie kelaparan lantaran penyakit migraine aku mula take over otak keupayaan berfikir, sememangnya aku mula blurrr-gagap-keliru-lemahbadan-lapar-bodoh. Blegh.

 Pusat temu duga Zon Sarawak iaitu di Wisma Satria BDC, Kuching.

Pada pukul 1.15pm tu, hanya 4 orang je guru yang masuk. Seorang tak hadir. Jadi, ini merupakan temuduga secara berkumpulan. Dalam satu kumpulan ada 5 orang. Aku ketuk pintu dua kali, bukak dan memberi salam. Tanya urusetia terlebih dahulu siapa bakal penemuduga dalam bilik tersebut. Oleh sebab Datuk Dr H ( you’ll knew his name when you being one of candidates ) dan Cikgu R ( Guru Cemerlang BM ) yg menjadi penemuduganya, terus rasa gugup semacam. Tambah-tambah lagi, pegawai urusetia pi sorongkan papan putih masuk dlm bilik IV. Dalam hati, timbul penyesalan tak sudah sebab tak wat revision utk matapelajaran BM. Memang confirm kena microteaching ni. Aigooo! Masuk berbekalkan buku RPH Praktikal dan Clear folder yg mengandungi segala mcm dokumen dan sijil. Bagi kat atas meja dorang dan berdiri di kerusi masing-masing. Jangan duduk selagi tidak disuruh duduk ye. Masa tu, Datuk H belek-belek clear folder manakala Cikgu R belek-belek buku RPH. Datuk H tak suruh pun kami perkenalkan diri, beliau sendrik yg tanya apa yg dia nak tahu sebab segala butiran peribadi kita dia dah baca. Cikgu R pula bash weols suma sebab salah satu buku RPH yg menggunakan kata kunci “memahami” dalam menulis objektif pengajaran. Itu aje. Buku RPH kami hanya dibelek-belek begitu je, tidak begitu teliti sgt. Bagi yg tiada buku RPH, or hilang ke apa, ikhtiarkan bawak RPH yang diprint baru. Bawak la yg ada pengajaran tatabahasa, penulisan, komsas dan sebagainya. Sekurang-kurangnya anda tidaklah dianggap guru pemalas dan hanya mampu membawa alasan je. Yedop? 

Permulaan dimulai oleh Cikgu R. Memg panjang gila la mukadimah beliau, cerita mengenai fungsi guru, kualiti guru and all the sudden...beliau terus bertanya soklan dan diajukan pada aku. La, yg tadi tu soklan upanya, bisik aku dlm hati. Bunyi cam ayat penyata pun hado. Ngrrrrr!!! Pening Arr!* Soklan yg diberi agak panjang dan berjela-jela. Oleh sebab aku dah jadi zombie masa tu, aku mtk dia ulang balik soklan. Soklan dia yang pertama tu sebenarnya mudah je jawapan kalau difikir-fikirkan balik, tapi beliau ajukan soklan dalam bentuk yg rumit utk difahami. To simplify, beliau actually hanya bertanyakan mengenai kemahiran apa yg perlu ada pada pelajar menengah tinggi je pun? *urghhhh, i wish i can turn the time back!!! Oleh sebab aku orang pertama jawab dan agak kurang bersedia, aku sendrik pun tak tahu apa yg aku bebelkan. Aku cakap je apa yg terlintas di fikiran. Yg pasti aku ada jawab kemahiran membaca dan menulis. Pastu, soklan yg sama juga diajukan buat rakan2 yg lain. Frust sgt sebab aku mtk dia ulang semula soklan, nmpak sgt aku masih bermimpi di awang-awangan. Masa tu, my backbone is killing me. Al-maklumlah, baru je datang bulan. Duduk tegak memg tak berapa nak selesa masa tu. Migraine lagi menganggu fikiran. 

Round kedua ialah mikro-teaching. Obiviously, it was me who go first. Terkadang tu, i wish bukan aku pergi dulu sebab memg blurrrr habis. Dan masa tu aku diberi situasi untuk mengajar gaya bahasa “perimejan” a.k.a “perlambangan”. Memang aku terkebil-kebil sebab dia bagi marker dan suruh aku mengajar. Bukan main lagi aku semangat mengajar dan beri contoh dan siap melukis. Duduk je, beliau kata aku masih tak faham maksud gaya bahasa tersebut dan salah beri contoh perlambangan. Memg self-esteeem aku merudum jatuh ketika itu. Moral down je dgar tau. Nasib bek aku tak ngis tahu? Sabar je la. Yg lain, dia tanya situasi yang lain such as situasi ajar buat karangan, rumusan dan jugak ajar frasa nama. Nampak jugak la dorang mengalami mental breakdown cam aku. setiap seorang kena mengajar dalam masa 5 minit camtu la. Free advise for candidates 2015, masa rakan anda tgh mengajar, sila berperanan aktif ckit apabila jadi anak murid walaupun itu bukan rakan anda. Haha* Tapi kalau betul-betul taktau, jangan tunjukkan reaksi ketakutan dan kadar kebodohan anda. Tak pasal-pasal markah kau pun berkurang jugak.

Then, giliran Datuk H pulak. Datuk H tidak terlalu serius dan tidak spesifik dalam mengajukan soklan kpd kami. Ianya lebih kepada siapa tahu jawab, sila cepat2 tekan buzzzer. Ok, jgn pulak ingat ada buzzer ye? Beliau tak sentuh pun soklan berkaitan dgn dasar pendidikan such as Falsafah Pendidikan, PPPM, PBS or apa-apa yg terkandung dalam buku tebal yg mahal siot tu. Kalau anda ditemuduga oleh beliau, mohon rendam dalam baldi berisi air. Let me simplify, soklan beliau lebih kepada random dan pengetahuan sedia ada je. Soklan beliau lebih mudah difahami, pendek, banyak dan kasual berbanding dengan Cikgu R. Dan dan dan...beliau lebih prefer tanya mengenai apa-apa je berkaitan dengan negeri especially negeri Sarawak. FYI, dia anak jati Sarawak. Mohon sesgt jangan cuba-cuba menipu beliau. Haha..

-Apa nama pusat utk area song?
-Zon bintulu adalah zon yang ke berapa? Zon kapit? Zon song?
-Ada berapa bahagian di negeri sarawak?
-Di mana empangan hidroelektrik Sarawak sekarang?
-Di manakah empangan hidroelektrik yg baru Sarawak bakal dibina? *yg ni aku tipu jawab, aku jawab kat Pelagus. Sungguh-sungguh jwb pulak tu. Apak cakap salah. Adoh!
-Namakan jambatan Pulau Pinang yg baru dirasmikan oleh PM kita?
-Siapakah nama YDPA yg pertama? *krikkkkrikk
-Siapakah YDPA kita sekarang? Baginda dari negeri mana?
-YDPA yang bakal menaiki takhta dari negeri mana pula selepas ini?
-Siapakan nama TYT Sarawak yg pertama?
-Siapakah nama Ketua Menteri Sarawak yg pertama? Kedua? Ketiga?
-Skrg ini, ketua menteri sarawak yg keberapa?
-Siapakah penganti kepada sultan skiranya sultan mangkat? *aku sorg je jwb ni, aku cakap Putera Mahkota. Gara-gara aku tgok drama korea yg Jihyo & EunHye berlakon. TQ korean drama.
-Siapakah penganti kepada Sultan yang mangkat dan tidak mempunyai pewaris?
-Nama penuh sultan sekarang.
-Apakah beza tunku dan tuanku
-Adakah tunku tu mempunyai darah keturunan diraja atau tidak?
-Negeri mana yg ada sultan tetapi tidak dipanggil sultan? Nyatakan semua negeri.
-Ada berapa negeri yang mempunyai sultan?
-Nyatakan nama negeri yang tidak mempunyai sultan?
-Apakah bunga yg menjadi lambang negeri Sarawak? *soklan ni lawak sbb ada yg jawab bunga Rafflesia. Dgn muka confidentnya. Actually bunga orkid. Sigh~
-Mengapakah hari guru diadakan pada tarikh 16 Mei? *Ni aku sorg je leh jwb sebab penah terbaca dlm buku tebal tu.

Amacam? Boleh tahan kan soklan dia. Datuk H bagi soklan bertubi-tubi gitu. Terkadang tu, aku cam takleh nak keep up. Takleh jawab, dia utarakan soklan yang baru lagi. Rakan-rakan UPSI yg len boleh tahan jugak tahap pengetahuan dorang Cepat je jawab, aku dengar dorang dah agak dah soklan jenis camtu kluar. Dan aku pulak? Taktahu menahu pun. Wuuwuwuwuwwu* Aku paling failed bab menjawab soalan negeri Sarawak. Kalau cam aku taktau langsung jawapan soklan dia, aku main ikut miming je jawapan rakan sebelah.Tamat je interview, aku lihat jam pukul 2.45pm. Masuk je keta, bukak blazer, nangis kejap pastu call Incik Pening untuk lepaskan geram. MAAF SYG!* 

Jadi sebagai penutupan entry ni, tips aku utk bakal ditemuduga SPP ialah  ;

-Bawak dokumen yg lengkap dan diperlukan sahaja seperti yang diminta dalam senarai semak. segala yang difotostet perlu disahkan oleh pegawai yang bertauliah ye.

-Bawak buku RPH praktikal anda.

-Pakai blazer. Its actually opitional, but trust me.. semua orang menggunakan blazer pada ketika itu. Lelaki mahupun perempuan. Let me repeat to make sure uols get it, SEMUA ORANG. And most important thing is mohon kenal blazer anda gunakan itu betul ataupun tidak. Ada penemuduga yang tegas dlm pemakaian blazer dan bertanyakan mengenai perihal blazer ini. Sebab tdpt calon yg dtg menggunakan jaket la, ada yg main pakai blazer lelaki la, ada yg gunakan 6 butang la, mcm-mcm rupa, gaya mutu dan keunggulan pada masa tu. Blazer stail korea mohon jgn beli, ini bukan upacara modelling. To my girlfriends yg masih kebingungan sekalian, pastikan blazer anda mempunyai :
  • Berwarna hitam
  • Butang ada dua bijik
  • Ada poket di bahagian dalam
sebab blazer takde poket dalam, aku jahit poket dlm ni sendiri.
  • Ada dua poket di bahagian luar
  • Selisih dari kanan ke kiri ( butang di kiri, lubang butang di kanan )
  • Ada belahan di belakang bawah blazer.
belahan ini berfungsi untuk tidak merenyukkan blazer ketika duduk

-Nametag anda perlu pakai. Pastikan ukuran nametag anda 7.5 x 2.5 cm. Memang agak besar dan jelas tulisannya. Kalau nama anda terlalu panjang sampai ada tiga nama, letak satu je nama sahaja. Tapi, jangan letak nama warisan keturunan anda such as Wan, Sharifah, Syed, Che', Tuan, Abang, Dayang dan sebagainya.

-Uols perlu makan heavy terus pagi tu, eat brunch ( breakfast + lunch ) sekenyang-kenyangnya sampai brupping dua tiga kali. Kalau paksa-paksa pun takleh, sebab jenis tangki kecik, anda perlu bwk bekal. Makan je kat tempat menunggu tu, jgn memalu. In my days, semua calon yg menunggu masa tu lapa gila. Nak turun merayau cari makan takleh sebab pegawai urusetia tak panggil nama kau utk serah dokumen. Dia suruh tunggu cam tunggul situ sebab dorg rearrange balik turn calon lantaran ada jugak yg tidak hadir iv. Yg bawak mak abah tidak lupa juga teman lelaki masa tu amatlah beruntung sbb siap bawakkan lagi mknn ketika lapar. Perut aku masa tu berkeroncong sesorang. Ya ALLAH sedihnyooo~

-Bawak air botol mineral 1.5 Litre uols. Air cond kat bangunan SPP agak dingin, anda confirmed terhidrasi.

-Simpan ubat migrine dlm beg sepapan dua. Angin kus-kus barangkali menjelma tak kira masa.

-Tinggal je buku rujukan dan nota kat rumah. Leave it. segala yg dibaca di rumah adalah memadai, unless kalo uols tak baca langsung sebab bizi keje.

-Jangan percaya sgt ramalan soklan temu duga tahun-tahun lepas ataupun soklan temu duga rakan anda di zon lain. Buat pening kepala je. Lain penemuduga, lain soklannya, lain kerenahnya. Kalo ditemuduga sama zon, kebolehpercayaan agak tinggi.

-Jangan terperap dalam bilik dan baca buku. You will regret it.

-Tengok berita dlm TV. tengok apa yg popular diperkatakan. contohnya mcm tahun 2014 ialah mengenai tahun melawat Malaysia. Maka, soklan mengenai pelancongan selalunya akan ditanya. Aku terdengar ada calon yg course yg len terkena soklan pelancongan "berapakah anggaran jumlah pelancong pada tahun ini?". 

-Make sure uols tahu mengenai negeri korg memasing. Perlu expert dr pelbagai aspek cam politik Sarawak, nama menteri Sarawak, ahli DUN, TYT, ketua Menteri, bendera, kebudayaan dan sebagainya. 

-Make sure uols beli kasut temuduga yg baharu sebab kalau pakai kasut lama anda terdedah dgn risiko kerosakan spt yg dialami oleh aku. Dekat dua tiga kali aku masuk tandas, barangkali terpercik air. Kulit kasut mengelupas dgn tiba-tiba. Sedangkan masa aku kiwi kasut ni, okay je. Kasut ni adalah kasut yg dibeli 4 tahun lepas. ni namanya kasut mkn tuan. Aigooo*

seminggu sebelum IV aku dah siap polishkan bukan satu tapi dua buah kasut hitam ni

entah masa IV, aku tak bawak pun spare kasut yg satu lagi. malah tetiba jadi camni. masa tgh IV, aku sembunyikan kasut yg carik ni dlm kain baju kurung aku. malunyer aihh~

Apa-apa pun, ALHAMDULILAH!! sebab semuanya selesai dan kini doa kepada Yang Esa je yg mampu. Semoga aku salah seorang guru yg lulus temu duga. Dengar khabar, pemilihan kali ini amat tegas. 30% yang cemerlang je yg terpilih dlm 4000 org yg menghadiri temu duga tersebut. Kini, hanya mampu menunggu dan terus menunggu khabar berita yg terbaru. Doakan ya semua agar aku menjadi sebahagian dari tenaga pengajar ya folks! mana tahu doa kalian dimakbulkan oleh Allah. Kbai.
.
.end

Operasi Kerja Kahwin

0

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...